Assalamualaikum..pa habaq pembaca sumer???sihat kot noh???
Ari ni saya nak kongsi plak beberapa kesalahan yang kaum Adam dok buat dalam berpakaian n berhias.. Asyik dok kata kat pompuan je kan???diorang mesti "hot" gak asyik ckp kat diorang jer.. Macam la diorang jer wat salah, kita yang lelaki ni x wat salah??? Kalau ada kesalahan mintak2 la d tegur secara berhikmah..
1. Pakai seluar "halal haram".. Tau x mcm mana seluar 2??jap nak tunjuk..
ha mcm ni la seluar 2..siap ada jawapan dari Ustaz Azhar lagi.. Tapi saya nak menambah skit la.. Bukan nak bengkeng Ustaz Azhar, tapi nak menghuraikan lagi apa yang patut.. Sebab apa saya gelarkan "seluar halal haram"??? Sebab bila berdiri akan jd halal kerana aurat tertutup (lutut)..ada pun ketika duduk saya ternampak ada segelintir sampai mendedahkan aurat mereka ketika memakai seluar ini. So,andai kita nak pakai,pastikan ianya selamat daripada mendedahkan aurat ataupun pakai je la seluar panjang terus.. Apa susahkan???
2. Pakai seluar pendek di hadapan kaum sejenis sampai menampakkan aurat.
Golongan macam ni saya tengok memang ramai.. Jangan kata orang yang bukan dari didikan agama je,yang sekolah agama n mahasiswa agama pun wat gak. Kadang-kadang pelik gak sebab mereka ni golongan agama sepatutnya menunjukkan teladan yang baik pada sahabat-sahabat mereka. Ni tak,mereka yang terikut-ikut dengan orang yang tidak mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Situasi macam ni berlaku ketika mandi dengan rakan-rakan x kira la kat pantai ke,air terjun ke atau kat dorm masing-masing. Selain itu, perkara ini berlaku ketika bersukan. Tidak kira la bola sepak ke,lumba lari ke atau lain-lain.. Apa salahnya pakai seluar yang menutup aurat ketika mandi atau bersukan? Adakah ianya merimaskan ketika mandi? Atau boleh menyebabkan kekalahan ketika bersukan? Harus diingat,yang menjadi haram itu bukanlah kerana seluar pendek itu sebab hukum memakai seluar pendek adalah harus. Yang menjadi haram itu kerana memakai sehingga menampakkan aurat di hadapan lelaki ataupun perempuan.
3. Pakai seluar panjang tapi tak pakai baju sehinggakan menampakkan pusat.
Kes atas tadi pakai seluar pendek, yang ni plak pakai seluar panjang elok dah sebab dah tutup lutut, tapi yang buat spoil nye tak pakai baju sampai nampak pusat. So, hukumnya tetap sama iaitu haram jika orang lain melihatnya melainkan isteri sendiri sebab antara suami dan isteri tiada batas aurat. Adapun dengan orang lain wajiblah dijaga daripada terdedah auratnya walaupun dengan ibu bapa atau adik-beradik sendiri. Yang menjadi masalahnya sekarang ni mereka mengatakan "ala,dengan family sendiri pun x blh ke?bukan ada syahwat pun kalau tgk..."
X de syahwat kamu kata? Kalau x, x de la berlaku sumbang mahram dalam family bro.. Bapak rogol anak, abang rogol adik n macam-macam lagi la. So apa yang Islam suruh wat 2 mestilah ada hukmah disebaliknya. Kita jangan pertikaikan. Just buat apa yang disuruh n tinggal apa yang dilarang..
4. Pakai baju singkat pastu ketika sujud terselak nampak sampai nampak kulit belakang.
Ha ni la salah satu contohnya cuma laki ni x sujud jer.. Baik,dalam kes ni ada segelintir kaum Adam yang suka pakai baju fit n singkat. Tak tau la nak tayang muscle atau trend.. Pas 2 bila nak solat automatik baju tersebut akan terselak bila rukuk atau sujud. Andai la seluar yang dipakai itu bawah daripada pusat, maka sudah tentu batal solatnya. So nak habaq kat sini, kalau nak solat tu,masukkan baju ke dalam seluar dulu atau pun pakai la kain pelekat. Ni x, tem nak sujud tangan 2 sibuk nak tarik2 baju 2 cover lurah punggung.. Kalau pergerakan 2 lebih dari 3 kali, kan batal solat 2???
5. Lelaki yang memakai seluar ketat.
Sebagaimana wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat, begitu jugalah lelaki. Zaman moden ni makin ramai yang otaknya jadi makin jumud. Benda yang orang pandang teruk mereka pandang elok. Sampai terikut-ikut trend barat. Sebab apa haram? Sebab ianya menampakkan bentuk badan walaupun dibaluti dengan kain dan x mustahil ada wanita yang teransang melihatnya. "Aaaahhh..gile ke pompuan nak teransang..x de la..kalau teransang pun bukan dia blh wat pe pun.."
Ko ingat pompuan x de nafsu ke yang x blh teransang tu??? Mereka bukan malaikat.. Sama je macam lelaki. Ha lagi satu, mana tau ada golongan yang gay pun teransang tgk lelaki yang pakai seluar ketat2 ni.. Macam mana??? "Ala, x semestinya kalau pakai seluar x ketat mereka x teransang..."
Betul 2.. Tapi kena la ada usaha untuk melindungi maruah diri.. Barangsiapa yang menuruti perintah Allah, dah tentu Allah lindungi dia.
Banyak lagi sebenarnya kesalahan-kesalahan yang sering lelaki ambik mudah tentang aurat. Cuma di sini saya hanya menekankan perkara yang sering berlaku. So sebagai kesimpulannya, saya nak nasihatlah diri saya n para pembaca sekelian terutamanya yang lelaki. Kita dilahirkan adalah untuk memimpin dan sekecil-kecil pemimpin adalah pemimpin di dalam rumahtangga. Andai kita tidak mampu untuk memimpin diri sendiri, bagaimana untuk kita memimpin orang lain? Renung-renugkanlah dan selamat beramal.. wallahu 'lam..
wassalam... :)