Perkahwinan..ikut Islam atau adat???


Bila sebut tentang kawen, macam2 komen yg kita akan dengar dari orang sekeliling kita.. Ada yang kata x nak kawen, ada yg kata nak kawen lepas study, ada yang nak kawen ketika study, ada yg nak wat hebat2, ada yg nak wat sederhana jer.. Namun d sana terdapat garis panduan yang perlu kita titik beratkan sebagai hamba Allah dalam merancang dan melaksanakan hal-hal perkahwinan ni.. Pada kali ni saya ingin berkongsi sedikit hal ehwal perkahwinan yg mengikut syariat Islam dan bukannya melebihkan adat daripada syariat.

1.Niat berkahwin.
Bersabda rasul S.A.W:

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya”. (HSR. Bukhary-Muslim dari ‘Umar bin Khoththob radhiallahu ‘anhu)

Ibnu Ajlan ra berkata: “Tidak menjadi sempurna sesuatu amalan itu melainkan dengan tiga perkara; Bertaqwa kepada Allah, Niat yang baik dan Ganjaran pahala.”

Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa setiap perbuatan kita perlulah disertai dengan niat yang baik agar natijah yang bakal dikecapi juga baik..Insya-Allah..
Jadi, untuk step pertama bagi mereka yang ingn melangkah ke alam perkahwinan perlulah mempunyai niat yang baik seperti berniat kerana Allah, ingin mengikut sunnah nabi s.a.w, ingin meramaikan zuriat dan ummat baginda dan lain2 lagi niat yg baik. Bukan kerana ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran bersama pasangan ketika bercinta, kerana si dia cantik atau tampan, kerana harta yang dimilikinya atau apa-apa sahaja niat yang bertentangan daripada syariat Islam.

2. Saat akad nikah dan walimatul urus.

Sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

 Bila melihat kepada pasangan mempelai zaman ini, terdapat segelintir daripada mereka yang hanya menutup aurat hanya ketika ingin d nikahkan di masjid. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Bagi mereka seolah-olah Allah hanya berada di dalam masjid. Islam hanya berada di dalam masjid. Bila selesai majlis akad nikah maka kembali lah mereka seperti sedia kala dengan baju ketatnya,x pakai tudungnya,berseluar pendeknya dan macam2 lagi. Pada hari pertama pemerintahan seorang lelaki yang bergelar suami telah gagal melaksanakan tugasnya untuk menghalang isterinya melakukan maksiat. Seharusnya kita menjadikan gerbang perkahwinan ini sebagai titik perubahan daripada buruk kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik kerana Allah dan rasul menjanjikan pelbagai peluang istimewa kepada mereka yang telah berkahwin.

3. Mahar.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Di sini jelaslah bahawa sebagai ummat yang cintakan kepada rasulnya perlulah membuktikan kecintaan kita dengan mengikut ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w dengan semampu yang mungkin. Bila melihat kepada trend hari ini, terdapat sebahagian pihak pengantin wanita yang meletakkan mahar yang terlalu tinggi sehinggakan membebankan pihak lelaki. Adakah mereka ingin menjual anak mereka? Atau saja nak menyusahkan pihak lelaki?? 'ala,klu kamu betul2 nak kan anak makcik x kan nak bg mas kawen mahal skit pun x blh??bukan nak kawen dua tiga tahun kan??'
Memangla makcik oii..tp kalau dah sampai menyusahkan orang 2 ape kejadahnya??? Kan Islam sendiri suruh mempermudahkan urusan??bukan menyusahkan.. Tu baru mahar, tak termasuk dengan hantaran lagi.. Mau dekat rm15k atau lebih.. Bayangkan jika lelaki yang berhajat untuk berkahwin tadi tu susah dan tidak mampu, bagaimana beliau mahu melunaskan wang mahar dan hantaran kepada pihak wanita??? Maka jadilah pertunangan yang semakin panjang.. Lebih buruk jika kerap keluar berdating, telefon hari-hari, sms.. Dosa pun makin bertambah.. Mak ayah pun dapat saham dosa kerana disebabkan mereka menyusahkan pihak lelaki untuk mendirikan masjid..
Seharusnya pihak wanita perlu bertolak ansur dalam menetapkan mahar anak perempuan mereka agar segalanya dapat berjalan lancar.


- حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ بن دينار عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
أَنَّ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال لرجل تجوج ولو بخاتم من حديد(رواه بخاري)

Ertinya:
“Telah berkata Yahya, telah berkata Waqi’ dari sufyan dari Abi Hazim bin Dinar dari Sahal bin Said as-Sa’idi bahwa nabi berkata:” hendaklah seseorang menikah meskipun (hanya dengan mahar )sebuah cicin yang terbuat dari besi”(HR bukhori)

4. Walimatul urus.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Terdapat juga pada zaman sekarang ni mereka yang mengasingkan kenduri mereka dengan golongan yang miskin ataupun susah. Sedangkan tetamu yang hadir itu adalah rahmat buat tuan rumah tetapi seolah-olah menolak kebaikan yang ditentukan oleh Allah. Ada juga walimah yang diisi dengan hiburan yang terlampau serta amat bertentangan dengan ajaran Islam seperti mengadakan karaoke yang bercampur lelaki dan wanita, muzik-muzik yang melalaikan, joget lambak dan lain-lain lagi. Islam tidak melarang umatnya menghiasi walimah mereka dengan hiburan, tetapi perlulah berlandaskan garisan yang telah ditetapkan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Rasulullah sendiri membenarkan untuk mengetuk gendang dan rebana dengan bermaksud boleh diisi walimah itu dengan muzik tetapi perlulah diingatkan bahawa muzik tersebut perlu berunsurkan dakwah, mendekatkan diri kepada Allah, mendoakan kepada pasangan pengantin (mcm lagu Maher Zain tu..) dan tidak melalaikan.. Ini tak, dipasang lagu-lagu cinta yang didendangkan oleh wanita sedangkan hukumnya haram mendengar nyanyian wanita yang bukan mahram serta lagu tersebut tidak ada unsur keislaman..lagu nasyid x pe kalau perempuan yang nyanyi.
Lebih menyedihkan jika pasangan pengantin tadi tidak menutup aurat dan bersanding di hadapan orang ramai. Bersanding diharuskan hanya di hadapan mereka yang mahram sahaja.Pada asalnya hukum menghadiri adalah wajib sepertimana sabda rasul s.a.w:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Namun apabila terdapat unsur maksiat di dalam walimah tersebut maka gugur kewajipan wajib tadi supaya kita tidak bersubahat di dalam maksiat yang mereka lakukan. Di samping itu juga, perlulah diperhatikan supaya tidak terdapat pembaziran dalam walimah tersebut kerana yang demikian itu merupakan saudara kepada syaitan. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Israk ayat 27:

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا 
maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Semoga dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita yang bakal mendirikan rumahtangga serta disebarkan kepada rakan taulan serta sanak saudara yang bakal berkahwin. Jika terdapat kesalahan atau kekurangan dalam penulisan ini maka diharapkan kritikan yang positif daripada pihak pembaca sekelian. Wassalam..



Kesalahan-kesalahan dalam aurat lelaki


Assalamualaikum..pa habaq pembaca sumer???sihat kot noh???

Ari ni saya nak kongsi plak beberapa kesalahan yang kaum Adam dok buat dalam berpakaian n berhias.. Asyik dok kata kat pompuan je kan???diorang mesti "hot" gak asyik ckp kat diorang jer.. Macam la diorang jer wat salah, kita yang lelaki ni x wat salah??? Kalau ada kesalahan mintak2 la d tegur secara berhikmah..



1. Pakai seluar "halal haram".. Tau x mcm mana seluar 2??jap nak tunjuk..


ha mcm ni la seluar 2..siap ada jawapan dari Ustaz Azhar lagi.. Tapi saya nak menambah skit la.. Bukan nak bengkeng Ustaz Azhar, tapi nak menghuraikan lagi apa yang patut.. Sebab apa saya gelarkan "seluar halal haram"??? Sebab bila berdiri akan jd halal kerana aurat tertutup (lutut)..ada pun ketika duduk saya ternampak ada segelintir sampai mendedahkan aurat mereka ketika memakai seluar ini. So,andai kita nak pakai,pastikan ianya selamat daripada mendedahkan aurat ataupun pakai je la seluar panjang terus.. Apa susahkan???

2. Pakai seluar pendek di hadapan kaum sejenis sampai menampakkan aurat.

Golongan macam ni saya tengok memang ramai.. Jangan kata orang yang bukan dari didikan agama je,yang sekolah agama n mahasiswa agama pun wat gak. Kadang-kadang pelik gak sebab mereka ni golongan agama sepatutnya menunjukkan teladan yang baik pada sahabat-sahabat mereka. Ni tak,mereka yang terikut-ikut dengan orang yang tidak mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Situasi macam ni berlaku ketika mandi dengan rakan-rakan x kira la kat pantai ke,air terjun ke atau kat dorm masing-masing. Selain itu, perkara ini berlaku ketika bersukan. Tidak kira la bola sepak ke,lumba lari ke atau lain-lain.. Apa salahnya pakai seluar yang menutup aurat ketika mandi atau bersukan? Adakah ianya merimaskan ketika mandi? Atau boleh menyebabkan kekalahan ketika bersukan? Harus diingat,yang menjadi haram itu bukanlah kerana seluar pendek itu sebab hukum memakai seluar pendek adalah harus. Yang menjadi haram itu kerana memakai sehingga menampakkan aurat di hadapan lelaki ataupun perempuan.

3. Pakai seluar panjang tapi tak pakai baju sehinggakan menampakkan pusat.

Kes atas tadi pakai seluar pendek, yang ni plak pakai seluar panjang elok dah sebab dah tutup lutut, tapi yang buat spoil nye tak pakai baju sampai nampak pusat. So, hukumnya tetap sama iaitu haram jika orang lain melihatnya melainkan isteri sendiri sebab antara suami dan isteri tiada batas aurat. Adapun dengan orang lain wajiblah dijaga daripada terdedah auratnya walaupun dengan ibu bapa atau adik-beradik sendiri. Yang menjadi masalahnya sekarang ni mereka mengatakan "ala,dengan family sendiri pun x blh ke?bukan ada syahwat pun kalau tgk..."
 X de syahwat kamu kata? Kalau x, x de la berlaku sumbang mahram dalam family bro.. Bapak rogol anak, abang rogol adik n macam-macam lagi la. So apa yang Islam suruh wat 2 mestilah ada hukmah disebaliknya. Kita jangan pertikaikan. Just buat apa yang disuruh n tinggal apa yang dilarang..

4.  Pakai baju singkat pastu ketika sujud terselak nampak sampai nampak kulit belakang.

 Ha ni la salah satu contohnya cuma laki ni x sujud jer.. Baik,dalam kes ni ada segelintir kaum Adam yang suka pakai baju fit n singkat. Tak tau la nak tayang muscle atau trend.. Pas 2 bila nak solat automatik baju tersebut akan terselak bila rukuk atau sujud. Andai la seluar yang dipakai itu bawah daripada pusat, maka sudah tentu batal solatnya. So nak habaq kat sini, kalau nak solat tu,masukkan baju ke dalam seluar dulu atau pun pakai la kain pelekat. Ni x, tem nak sujud tangan 2 sibuk nak tarik2 baju 2 cover lurah punggung.. Kalau pergerakan 2 lebih dari 3 kali, kan batal solat 2???

5. Lelaki yang memakai seluar ketat.

Sebagaimana wanita tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat, begitu jugalah lelaki. Zaman moden ni makin ramai yang otaknya jadi makin jumud. Benda yang orang pandang teruk mereka pandang elok. Sampai terikut-ikut trend barat. Sebab apa haram? Sebab ianya menampakkan bentuk badan walaupun dibaluti dengan kain dan x mustahil ada wanita yang teransang melihatnya. "Aaaahhh..gile ke pompuan nak teransang..x de la..kalau teransang pun bukan dia blh wat pe pun.."
Ko ingat pompuan x de nafsu ke yang x blh teransang tu??? Mereka bukan malaikat.. Sama je macam lelaki. Ha lagi satu, mana tau ada golongan yang gay pun teransang tgk lelaki yang pakai seluar ketat2 ni.. Macam mana??? "Ala, x semestinya kalau pakai seluar x ketat mereka x teransang..."
Betul 2.. Tapi kena la ada usaha untuk melindungi maruah diri.. Barangsiapa yang menuruti perintah Allah, dah tentu Allah lindungi dia.

Banyak lagi sebenarnya kesalahan-kesalahan yang sering lelaki ambik mudah tentang aurat. Cuma di sini saya hanya menekankan perkara yang sering berlaku. So sebagai kesimpulannya, saya nak nasihatlah diri saya n para pembaca sekelian terutamanya yang lelaki. Kita dilahirkan adalah untuk memimpin dan sekecil-kecil pemimpin adalah pemimpin di dalam rumahtangga. Andai kita tidak mampu untuk memimpin diri sendiri, bagaimana untuk kita memimpin orang lain? Renung-renugkanlah dan selamat beramal.. wallahu 'lam..
wassalam... :)


Hukum mengambil gambar


Sejak kebelakangan ni popular plak trend DSLR. Tak kisah la Canon ke Nikon ke atau jenama-jenama yang lain sehinggakan ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kamera DSLR ni. Bagi yang dah lama menceburi dalam bidang ni mungkin mereka dah berada pada tahap "pro" atau semi-pro sehinggakan ada yang menjadikan kamera ni sebagai sumber mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup. Ada yang wat sebagai part time jer. Tapi tak kisah la guna untuk cari makan ke untuk suka-suka ke yang penting sebagai umat Islam kita tidak terlepas dengan hukum Allah S.W.T.

So kepada mereka yang mempunyai kamera sama ada kamera handphone ke, DSLR ke atau kamera kompak ke maka kita tidak terlepas daripada hukum mengambil gambar. Jadi dalam artikel kali ni saya nak kongsi la skit kepada pembaca-pembaca sekelian hukum mengambil gambar. Kalau ada mana-mana yang salah dalam artikel ni minta teguran yer??? Baik,mengikut kaedah hukum, setiap perbuatan yang kita lakukan pada asalnya adalah harus sehinggalah keadaan yang tertentu mengubah hukum tersebut menjadi haram,sunat dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan mengambil gambar. Pada asalnya adalah harus mengambil gambar akan tetapi hukum tersebut akan berubah mengikut subjek yang diambil. Pendapat Dr.Syeikh Yusuf Al-Qordhowi mengatakan pada asalnya hukum mengambil gambar itu adalah harus akan tetapi hukumnya bergantung kepada objek yang diambil. Andai objek tersebut merupakan wanita yang tidak menutup aurat maka hukum harus tersebut telah bertukar kepada haram kerana melihat aurat wanita tanpa darurat. Apa yang haram dilihat maka haram juga untuk mengambil gambar itu. Melihat kepada pekerjaan fotografi yang mengambil upah mengambil gambar pengantin atau model-model wanita yang tidak menutup aurat, kadang-kadang saya melihat mereka langsung tidak mengambil berat tentang objek yang mereka snap 2. Bagi mereka yang penting duit masuk. Apa yang terjadi andai duit itu digunakan untuk membeli makanan dan diberikan kepada isteri dan anak-anak mereka??? Atau mereka menggunakan untuk upgrade aksesori kamera mereka? Jawapannya sudah tentu tidak ada keberkatan dan nabi S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud "setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka api neraka lebih utama baginya."

Sebab itu jangan pelik andai si isteri atau anak-anak menjadi degil atau susah melakukan ibadat andai diberi daripada hasil yang haram. Begitu juga mereka yang mengambil upah daripada hasil pekerjaan yang haram. Ada pula yang cuba berdalih dengan mengatakan "kalau saya asingkan duit yang tak tutup aurat dengan yang tutup aurat tu boleh tak?"maka jawapannya amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Itu kepada mereka yang mengambil upah sebagai fotografi. Macam mana pula kepada mereka yang menggunakan kamera sebagai hobi sahaja tanpa mengambil upah? Jawapannya tetap haram andai mengambil gambar-gambar yang haram dilihat seperti gambar bogel,wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat atau wanita yang berpakaian ketat. Lebih parah andai gambar-gambar tersebut didedahkan untuk tatapan khalayak ramai seperti meletakkan di dalam facebook,twitter atau mana-mana laman web ataupun dihantar cuci di kedai gambar. Amat memalukan dan mengaibkan melihat mereka yang bersekolah agama atau menuntut di IPT agama meletakkan gambar-gambar dengan pakaian yang tidak mengikut syariat Islam seperti bertudung singkat,berpakaian ketat,bertudung tetapi anggota lain terdedah,berposing dengan gaya yang orang panggil "gedik" pada zaman sekarang dan lain-lain lagi. Seharusnya mereka mengambil gambar yang menunjukkan kebesaran Allah ataupun gambar-gambar yang boleh memotivasikan orang yang melihat atau apa-apa sahaja gambar yang harus dilihat.

Akhir kata, ingin saya katakan di sini bahawa dengan kamera kita boleh masuk syurga dan dengan kamera jugalah kita boleh menempah tiket ke neraka. Kepada mereka yang masih meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat di dalam internet,maka buanglah sebelum dijemput oleh Izrail dan mereka yang masih mengambil upah mengambil gambar, pastikan gambar-gambar yang diambil tidak mengundang murka Allah. Wallahu 'alam..

KEPIAH BESERTA NAMA




MEMPERKENALKAN KEPIAH BESERTA NAMA!!!

Buat julung kalinya kepiah beserta nama diperkenalkan kepada anda sekelian..

KENAPA PERLU MEMILIH KEPIAH INI???

>Kain yang berkualiti tinggi.
>Amat selesa dipakai.
>Dapat mengelakkan daripada dicuri kerana dah ada nama anda di situ.
>Hanya kepiah ini sahaja yang mempunyai nama dipasaran buat masa ini.
>Sesuai untuk dijadikan hadiah penghargaan kepada guru-guru kita,ayah,abang,adik lelaki,saudara mara atau sesiapa je yang berjantina lelaki.
>Boleh dijadikan hantaran perkahwinan.
>Tahan lama..sesuai dengan harganya yang berpatutan.
Kita berfikir sejenak,kenapa kita sanggup membeli kasut ratusan ringgi akhirnya di tinggalkan di luar rumah atau masjid tetapi amat berkira untuk membeli pakaian ibadah untuk mengadap Allah walaupun ianya jauh lebih murah berbanding dengan barangan lain yang tidak bersangkut paut dengan ibadah khusus(solat) kita??Salahkah kita bergaya untuk mengadap Allah???kadang kala kita sanggup bersiap begitu rapi untuk berjumpa insan tersayang tetapi apabila mengadap Allah dengan pakaian yang lusuh,berbau dan ada juga tidak berbaju bagi lelaki.
Ayuh dapatkan segera kopiah yang terhangat di pasaran masa kini.Banyak lagi design yang mampu anda perolehi dengan harga yang berpatutan.Hubungi saya di wan_9262@yahoo.com(fb atau e-mail)

Ini hanya sebahagian design yang ada.Terdapat banyak lagi design mengikut kesukaan anda.Ayuh tunggu apa lagi??Dapatkan segera!!!

ADOBE TUTORIAL+E-BOOK+INSTALLER


Memperkenalkan software buat julung kalinya boleh membantu mereka yang amat berminat dalam bidang mengubahsuai gambar-gambar.Tidak kira gambar potret untuk kenang-kenangan mahupun sebagai bisnes munjual gambar-gambar yang telah di edit.Lebih dari itu anda mampu untuk membuat design sendiri,menggabungkan gambar dan sebagainya.

Bayangkan jika anda menghadiri kursus untuk menyunting gambar sudah tentu mencapai ratusan ringgit.Namun dengan produk 3 dalam 1 ini mampu menjimatkan anda berkali-kali ganda hanya duduk di hadapan latop mahupun komputer.Tidak kira di mana saja anda berada,di pejabat,di rumah,di kampus anda mampu untuk belajar secara lansung daripada produk yang saya tawarkan ini.

Hanya berbekalkan dengan modal sebanyak Rm50 anda mampu berjimat dari segi masa,yuran kursus menyunting gambar dan kos pergi balik ke tempat kursus.Anda juga mampu membuat bisnes dengan menjual hasil karya anda seperti mengambil tempahan kad jemputan kahwin,banner,kad bisnes dan baaaaanyak lagi!!!

Di bawah ini sekilas pandang tentang e-book yang anda akan dapat dan anda akan diajar tentang cara menggunakannya.Amat mudah dan praktikal kerana ianya di ajar di dalam bahasa Melayu dan besertakan layout yang anda harus tekan.



KEISTIMEWAAN PRODUK 3 IN 1 INI
Rahsia 1 Menjimatkan kos untuk membayar yuran kursus menyunting gambar yang mencecah ratusan ringgit dan memakan masa yang lama.
Dapat menjimatkan masa anda dengan hanya duduk di rumah atau di mana sahaja untuk mempelajari teknik-teknik mengubahsuai gambar atau menyunting sesuatu gambar.
Rahsia 3 Amat mudah untuk memahami teknik-teknik yang diajar kerana e-book dan tutorial ini ditulis di dalam bahasa Melayu dan amat mudah untuk mengikutinya,
Rahsia 4 Mempunyai layout-layout bergambar untuk anda lebih memahami untuk memilih teknik ubah suai yang mana anda kehendaki seperti menggabungkan gambar,mengubah gambar asal kepada lukisan dan sebagainya.
Rahsia 5 Dapat menjana pendapatan sampingan dengan mengambil upah membuat design untuk kad jemputan ke majlis perkahwinan,membeat banner,kad bisnes dan sebagainya.Disamping itu menghias gambar rakan-rakan anda dengan mengambil sedikit upah yang berpatutan.
Rahsia 6 Memudahkan anda untuk memasang perisian adobe photoshop ini tanpa perlu anda memuat turun dari internet dengan masa yang terlalu lama kerana saiznya yang begitu besar.





Ayuh!!apa yang anda tunggu lagi??jangan lepaskan peluang terhangat dipasaran ini.Hanya RM50 untuk seumur hidup anda mampu membuat hidup anda lebih berseri-seri dan indah dengan pengubahsuaian gambar-gambar anda yang cantik menarik tertarik da bom!!!

Anda boleh membuat pembayaran melalui akaun maybank:
MUHAMMAD AZWAN BIN GHAZALI
(1151-2106-9314)

SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN HANTARKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN DI wan_9262@yahoo.com

beserta nama,alamat,no h.p,jumlah pembayaran serta tarikh pembayaran.

AYUH REBUT PELUANG INI!!!



AHLAN WASAHLAN

About Me

Foto saya
TUJUAN SAYA BUAT BLOG NI ADALAH UNTUK BERKONGSI APA SAJA MAKLUMAT YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA KITA..SEBARANG TEGURAN DIALU-ALUKAN..FB SAYA:WAN_9262@YAHOO.COM
Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh Blogger.

الساعة