Sejak kebelakangan ni popular plak trend DSLR. Tak kisah la Canon ke Nikon ke atau jenama-jenama yang lain sehinggakan ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kamera DSLR ni. Bagi yang dah lama menceburi dalam bidang ni mungkin mereka dah berada pada tahap "pro" atau semi-pro sehinggakan ada yang menjadikan kamera ni sebagai sumber mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup. Ada yang wat sebagai part time jer. Tapi tak kisah la guna untuk cari makan ke untuk suka-suka ke yang penting sebagai umat Islam kita tidak terlepas dengan hukum Allah S.W.T.
So kepada mereka yang mempunyai kamera sama ada kamera handphone ke, DSLR ke atau kamera kompak ke maka kita tidak terlepas daripada hukum mengambil gambar. Jadi dalam artikel kali ni saya nak kongsi la skit kepada pembaca-pembaca sekelian hukum mengambil gambar. Kalau ada mana-mana yang salah dalam artikel ni minta teguran yer??? Baik,mengikut kaedah hukum, setiap perbuatan yang kita lakukan pada asalnya adalah harus sehinggalah keadaan yang tertentu mengubah hukum tersebut menjadi haram,sunat dan lain-lain lagi.
Begitu juga dengan mengambil gambar. Pada asalnya adalah harus mengambil gambar akan tetapi hukum tersebut akan berubah mengikut subjek yang diambil. Pendapat Dr.Syeikh Yusuf Al-Qordhowi mengatakan pada asalnya hukum mengambil gambar itu adalah harus akan tetapi hukumnya bergantung kepada objek yang diambil. Andai objek tersebut merupakan wanita yang tidak menutup aurat maka hukum harus tersebut telah bertukar kepada haram kerana melihat aurat wanita tanpa darurat. Apa yang haram dilihat maka haram juga untuk mengambil gambar itu. Melihat kepada pekerjaan fotografi yang mengambil upah mengambil gambar pengantin atau model-model wanita yang tidak menutup aurat, kadang-kadang saya melihat mereka langsung tidak mengambil berat tentang objek yang mereka snap 2. Bagi mereka yang penting duit masuk. Apa yang terjadi andai duit itu digunakan untuk membeli makanan dan diberikan kepada isteri dan anak-anak mereka??? Atau mereka menggunakan untuk upgrade aksesori kamera mereka? Jawapannya sudah tentu tidak ada keberkatan dan nabi S.A.W sendiri pernah bersabda yang bermaksud "setiap daging yang tumbuh daripada hasil yang haram maka api neraka lebih utama baginya."
Sebab itu jangan pelik andai si isteri atau anak-anak menjadi degil atau susah melakukan ibadat andai diberi daripada hasil yang haram. Begitu juga mereka yang mengambil upah daripada hasil pekerjaan yang haram. Ada pula yang cuba berdalih dengan mengatakan "kalau saya asingkan duit yang tak tutup aurat dengan yang tutup aurat tu boleh tak?"maka jawapannya amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.
Itu kepada mereka yang mengambil upah sebagai fotografi. Macam mana pula kepada mereka yang menggunakan kamera sebagai hobi sahaja tanpa mengambil upah? Jawapannya tetap haram andai mengambil gambar-gambar yang haram dilihat seperti gambar bogel,wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat atau wanita yang berpakaian ketat. Lebih parah andai gambar-gambar tersebut didedahkan untuk tatapan khalayak ramai seperti meletakkan di dalam facebook,twitter atau mana-mana laman web ataupun dihantar cuci di kedai gambar. Amat memalukan dan mengaibkan melihat mereka yang bersekolah agama atau menuntut di IPT agama meletakkan gambar-gambar dengan pakaian yang tidak mengikut syariat Islam seperti bertudung singkat,berpakaian ketat,bertudung tetapi anggota lain terdedah,berposing dengan gaya yang orang panggil "gedik" pada zaman sekarang dan lain-lain lagi. Seharusnya mereka mengambil gambar yang menunjukkan kebesaran Allah ataupun gambar-gambar yang boleh memotivasikan orang yang melihat atau apa-apa sahaja gambar yang harus dilihat.
Akhir kata, ingin saya katakan di sini bahawa dengan kamera kita boleh masuk syurga dan dengan kamera jugalah kita boleh menempah tiket ke neraka. Kepada mereka yang masih meletakkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat di dalam internet,maka buanglah sebelum dijemput oleh Izrail dan mereka yang masih mengambil upah mengambil gambar, pastikan gambar-gambar yang diambil tidak mengundang murka Allah. Wallahu 'alam..
0 ulasan:
Catat Ulasan