Perkahwinan..ikut Islam atau adat???


Bila sebut tentang kawen, macam2 komen yg kita akan dengar dari orang sekeliling kita.. Ada yang kata x nak kawen, ada yg kata nak kawen lepas study, ada yang nak kawen ketika study, ada yg nak wat hebat2, ada yg nak wat sederhana jer.. Namun d sana terdapat garis panduan yang perlu kita titik beratkan sebagai hamba Allah dalam merancang dan melaksanakan hal-hal perkahwinan ni.. Pada kali ni saya ingin berkongsi sedikit hal ehwal perkahwinan yg mengikut syariat Islam dan bukannya melebihkan adat daripada syariat.

1.Niat berkahwin.
Bersabda rasul S.A.W:

إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ

“Sesungguhnya setiap amalan hanyalah tergantung dengan niat-niatnya dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang dia niatkan, maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak dia raih atau karena wanita yang hendak dia nikahi maka hijrahnya kepada apa yang dia hijrah kepadanya”. (HSR. Bukhary-Muslim dari ‘Umar bin Khoththob radhiallahu ‘anhu)

Ibnu Ajlan ra berkata: “Tidak menjadi sempurna sesuatu amalan itu melainkan dengan tiga perkara; Bertaqwa kepada Allah, Niat yang baik dan Ganjaran pahala.”

Dari nas-nas di atas jelaslah bahawa setiap perbuatan kita perlulah disertai dengan niat yang baik agar natijah yang bakal dikecapi juga baik..Insya-Allah..
Jadi, untuk step pertama bagi mereka yang ingn melangkah ke alam perkahwinan perlulah mempunyai niat yang baik seperti berniat kerana Allah, ingin mengikut sunnah nabi s.a.w, ingin meramaikan zuriat dan ummat baginda dan lain2 lagi niat yg baik. Bukan kerana ingin bertanggungjawab di atas keterlanjuran bersama pasangan ketika bercinta, kerana si dia cantik atau tampan, kerana harta yang dimilikinya atau apa-apa sahaja niat yang bertentangan daripada syariat Islam.

2. Saat akad nikah dan walimatul urus.

Sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” [HR Abu Dawud]

 Bila melihat kepada pasangan mempelai zaman ini, terdapat segelintir daripada mereka yang hanya menutup aurat hanya ketika ingin d nikahkan di masjid. Tidak kira lelaki mahupun wanita. Bagi mereka seolah-olah Allah hanya berada di dalam masjid. Islam hanya berada di dalam masjid. Bila selesai majlis akad nikah maka kembali lah mereka seperti sedia kala dengan baju ketatnya,x pakai tudungnya,berseluar pendeknya dan macam2 lagi. Pada hari pertama pemerintahan seorang lelaki yang bergelar suami telah gagal melaksanakan tugasnya untuk menghalang isterinya melakukan maksiat. Seharusnya kita menjadikan gerbang perkahwinan ini sebagai titik perubahan daripada buruk kepada baik atau daripada baik kepada lebih baik kerana Allah dan rasul menjanjikan pelbagai peluang istimewa kepada mereka yang telah berkahwin.

3. Mahar.

Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

Di sini jelaslah bahawa sebagai ummat yang cintakan kepada rasulnya perlulah membuktikan kecintaan kita dengan mengikut ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w dengan semampu yang mungkin. Bila melihat kepada trend hari ini, terdapat sebahagian pihak pengantin wanita yang meletakkan mahar yang terlalu tinggi sehinggakan membebankan pihak lelaki. Adakah mereka ingin menjual anak mereka? Atau saja nak menyusahkan pihak lelaki?? 'ala,klu kamu betul2 nak kan anak makcik x kan nak bg mas kawen mahal skit pun x blh??bukan nak kawen dua tiga tahun kan??'
Memangla makcik oii..tp kalau dah sampai menyusahkan orang 2 ape kejadahnya??? Kan Islam sendiri suruh mempermudahkan urusan??bukan menyusahkan.. Tu baru mahar, tak termasuk dengan hantaran lagi.. Mau dekat rm15k atau lebih.. Bayangkan jika lelaki yang berhajat untuk berkahwin tadi tu susah dan tidak mampu, bagaimana beliau mahu melunaskan wang mahar dan hantaran kepada pihak wanita??? Maka jadilah pertunangan yang semakin panjang.. Lebih buruk jika kerap keluar berdating, telefon hari-hari, sms.. Dosa pun makin bertambah.. Mak ayah pun dapat saham dosa kerana disebabkan mereka menyusahkan pihak lelaki untuk mendirikan masjid..
Seharusnya pihak wanita perlu bertolak ansur dalam menetapkan mahar anak perempuan mereka agar segalanya dapat berjalan lancar.


- حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ بن دينار عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ
أَنَّ النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال لرجل تجوج ولو بخاتم من حديد(رواه بخاري)

Ertinya:
“Telah berkata Yahya, telah berkata Waqi’ dari sufyan dari Abi Hazim bin Dinar dari Sahal bin Said as-Sa’idi bahwa nabi berkata:” hendaklah seseorang menikah meskipun (hanya dengan mahar )sebuah cicin yang terbuat dari besi”(HR bukhori)

4. Walimatul urus.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

Terdapat juga pada zaman sekarang ni mereka yang mengasingkan kenduri mereka dengan golongan yang miskin ataupun susah. Sedangkan tetamu yang hadir itu adalah rahmat buat tuan rumah tetapi seolah-olah menolak kebaikan yang ditentukan oleh Allah. Ada juga walimah yang diisi dengan hiburan yang terlampau serta amat bertentangan dengan ajaran Islam seperti mengadakan karaoke yang bercampur lelaki dan wanita, muzik-muzik yang melalaikan, joget lambak dan lain-lain lagi. Islam tidak melarang umatnya menghiasi walimah mereka dengan hiburan, tetapi perlulah berlandaskan garisan yang telah ditetapkan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Rasulullah sendiri membenarkan untuk mengetuk gendang dan rebana dengan bermaksud boleh diisi walimah itu dengan muzik tetapi perlulah diingatkan bahawa muzik tersebut perlu berunsurkan dakwah, mendekatkan diri kepada Allah, mendoakan kepada pasangan pengantin (mcm lagu Maher Zain tu..) dan tidak melalaikan.. Ini tak, dipasang lagu-lagu cinta yang didendangkan oleh wanita sedangkan hukumnya haram mendengar nyanyian wanita yang bukan mahram serta lagu tersebut tidak ada unsur keislaman..lagu nasyid x pe kalau perempuan yang nyanyi.
Lebih menyedihkan jika pasangan pengantin tadi tidak menutup aurat dan bersanding di hadapan orang ramai. Bersanding diharuskan hanya di hadapan mereka yang mahram sahaja.Pada asalnya hukum menghadiri adalah wajib sepertimana sabda rasul s.a.w:

“Apabila seseorang di antara kamu diundang ke majlis walimah, hendaklah dia menghadirinya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5173)

Namun apabila terdapat unsur maksiat di dalam walimah tersebut maka gugur kewajipan wajib tadi supaya kita tidak bersubahat di dalam maksiat yang mereka lakukan. Di samping itu juga, perlulah diperhatikan supaya tidak terdapat pembaziran dalam walimah tersebut kerana yang demikian itu merupakan saudara kepada syaitan. Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Israk ayat 27:

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٲنَ ٱلشَّيَـٰطِينِ‌ۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَـٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورً۬ا 
maksudnya:Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.
Semoga dengan sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit pencerahan kepada kita yang bakal mendirikan rumahtangga serta disebarkan kepada rakan taulan serta sanak saudara yang bakal berkahwin. Jika terdapat kesalahan atau kekurangan dalam penulisan ini maka diharapkan kritikan yang positif daripada pihak pembaca sekelian. Wassalam..



0 ulasan:

Catat Ulasan

AHLAN WASAHLAN

About Me

Foto saya
TUJUAN SAYA BUAT BLOG NI ADALAH UNTUK BERKONGSI APA SAJA MAKLUMAT YANG MEMBERI FAEDAH KEPADA KITA..SEBARANG TEGURAN DIALU-ALUKAN..FB SAYA:WAN_9262@YAHOO.COM
Hak cipta terpelihara. Dikuasakan oleh Blogger.

الساعة